Tuesday, August 6, 2019

ORANG KAPAL


Orang Kapal? Ape diorang buat atas tu? Tak balik darat berbulan ke? Makan macam mane? Ada line telefon tak?
- FAQs dari rakan-rakan dan keluarga tersayang.

Soalan ini selalu ditujukan kerana perkerjaan di laut (merchant marine) adalah tidak popular dan kurang mendapat sambutan.Dan sebab itu juga saya ingin mengambil inisiatif menceritakan tentangnya.

Lebih 80% pengangkutan kargo di dunia ini seperti minyak,gas asli,bahan mentah(bijirin,gula) dan kereta (honda,proton,vw,audi) adalah melalui pengangkutan laut.

Secara kasarnya - Kapal ibarat sebuah kilang yang terduduk di atas truck yang sangat besar di laut.Lengkap dengan organisasi berpangkat,tangki dan compartment yang besar,engine dan machinery yang bagus.

Kebiasaannya, krew sesebuah kapal terdiri daripada 3 department yang saling melengkapi satu sama lain:

Deck:
1. Captain
2. Chief Officer
3. 2nd Officer
4. 3rd Officer
5. Deck Cadet
*Ratings
1. Bosun
2. Able Seaman (AB)
3. Ordinary Seaman (OS)

Engine:
1. Chief Engineer
2. 2nd Engineer
3. 3rd Engineer
4. 4th Engineer
5. ETO or electrician
6. Engine Cadet
*Ratings
1. Oiler
2. Fitter
3. Greaser
source;google

Catering:
1. Chief Steward
2. Chief Cook
3. Steward

Kapal terdiri dari pelbagai jenis,diantara yang famous adalah kapal kontena (liner), kapal tangki (tanker),kapal pukal (bulk carrier),kapal offshore (supply,diving,construction) dan lain lain.

Kebiasaannya,tempoh sea service di kapal untuk seseorang crew adalah 60-180 hari (2-6 bulan).Sekiranya crew tersebut telah lengkap tempoh service nya di kapal,crew tersebut akan di ganti dengan crew yang baru (cuti suda abis bro) mengikut pangkat masing2.Cuti pula bergantung..ada yang sebulan hingga berbulan-bulan.
Contoh : second officer akan di ganti dengan second officer juga.

Tempoh pelayaran sebuah kapal bergantung dengan jarak destinasi dan kelajuan kapal.Contohnya Malaysia ke Jepun mengambil masa 6-7 hari untuk kapal yang boleh mencapai kelajuan 20 knots max (40km/h). Apabila kapal selamat tiba ke destinasi pelabuhan,cargo akan di turunkan atau di ambil sesuai dengan urusan yang di buat oleh office syarikat perkapalan tersebut atau pihak terlibat.Durasi cargo operation di pelabuhan pula bergantung..ada yang 5 jam ada juga sampai 5 hari.Di masa ini lah crew dapat turun ke darat sambil pekena starbucks dan di pelabuhan luar negara ini kita dapat menyaksikan anak bangsa dari Malaysia shore leave berselfie bergambar di tempat yang bukan tourist attraction.Realitinya lepas shore leave kena masuk shift berkerja balik.Selepas kapal depart dari perlabuhan,mereka akan tuju pada pelabuhan seterusnya.

Crew kapal bekerja dalam shift SETIAP HARI tanpa cuti termasuk hari perayaan.Kapal yang diperbuat dari besi memerlukan pemeliharaan yang baik dari segi kosmetik,engine,kegunaan dan sebagainya agar ia sentiasa fit “seaworthy” untuk bekerja 247365 .Cuba bayangkan kapal yang besar dan panjangnya 300 meter hanya mempunyai kurang dari 30 orang crew.Apabila ada trouble shoot atau masalah yg besar datang,mencelan la kerja.Seorang crew tidak pernah terhad untuk satu kerja sahaja.

Bercakap mengenai makanan pula,bahan makanan seperti beras,minyak masak,sayur,kicap,belacan,ikan,ayam,icecream,coke dan lain-lain akan di request dari kapal untuk simpanan stock sebulan atau lebih.Company bayar,kami makan free.Makanan akan di sediakan oleh catering dept dan selalunya dihidangkan secara buffet 3 kali sehari.Hari perayaan tu selalu cook ada masak special punya.

Kenapa banyak pangkat atas kapal tu?

Seperti yang di nyatakan sebelum ini,seorang crew akan melengkapi crew yang lain.Dalam menjaga kapal dan cargo yang besar di tengah laut,setiap pegawai dan rating mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri untuk menjalankan sesuatu pekerjaan mengikut organisasi.Second Officer bertanggungjawab dalam hal navigasi,Cook menyediakan makanan, Chief Engineer memastikan perihal engine dan machinery berjalan pada tahap memuaskan dan Captain sebagai boss besar dan overall in command memastikan setiap department dan kapal adalah selamat dan mengikut segala undang-undang negara dan antarabangsa.

Perihal ilmu kifayah seperti navigasi,basic astronomi,seamanship,keselamatan,survival,meteorologi,stabiliti kapal,cargo operation,basic kejuruteraan,management,leadership,insurans,undang-undang dan segala macam aspek praktikal dan teori perlu ada pada setiap pegawai deck.Bermula dengan operational kepada management level mengikut kelas lesen tersebut.

Ratings pula adalah crew yang cekap dan professional dalam kaedah seamanship dalam melengkapkan sesuatu pekerjaan.

Di masa teknologi kini,kebanyakan kapal sudah disediakan dengan satellite WIFI.Local phone line pula bergantung pada tiang2 telco dan jarak signal dari tiang ke laut.Maknanya lebih dekat dengan darat lebih baik signal telefon tersebut dan sebaliknya.Di tengah laut memang confirm la takda celcom maxis atau digi.

Disamping meninggalkan keluarga dan rakan tersayang berbulan lamanya- homesick,jiwa kacau,masalah kewangan,masalah manusia,masalah anak bini,kelahiran bayi,dan macam2 hal lain adalah asam garam ketika berjauhan.Tidak perlu diceritakan ketabahan pelaut kerana ada lagi manusia lain yang hidupnya lebih tidak bertuah.

Diharap sedikit info ini dapat menjelaskan keraguan anda tentang kapal dan apa kami buat di laut 😌
Dipersilakan share untuk manfaat bersama.

**diagram dibawah menunjukkan organisasi di mana Captain adalah overall in Command di sesebuah kapal.Walhal pangkat Captain & Chief Engineer adalah di sama level.


source;google






source;google

source;google

source;google
reference from ;Google ; fb= Syne Theta


1 comment:

  1. For anything worth having one must pay the price; and the price is always work, patience, love, self-sacrifice.

    ReplyDelete