Tuesday, September 3, 2019

PERBEZAAN ANTARA Y15ZR V1 & Y15ZR V2



PERBEZAAN ANTARA Y15ZR V1 & Y15ZR V2


Walaupun agak lambat memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 di Malaysia, namun ia tetap menjadi penantian terutamanya peminat 2-roda.

Berbanding Yamaha Y15ZR Versi 1, pelbagai perubahan ketara dilakukan pada Yamaha Y15ZR Versi 2. Bagaimanapun, aspek mekanikal masih kekal sama dan tiada peningkatan kuasa mahupun perubahan kotak gear.

Bagi mereka yang harapkan kotak gear ditukar atau kuasa dinaikkan, berita ini psti mengecewakan. Yamaha Y15ZR V2 masih dijana enjin 150cc SOHC penyejuk cecair suntikan petrol yang mampu menawarkan kuasa maksimum 15hp dan tork puncak 13.5Nm. Begitu juga penggunaan transmisi, masih lagi menggunakan gear 5-kelajuan. Berikut ialah perubahan yang dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2.


LAMPU LED
Yamaha Y15ZR V2 baharu ini didatangkan dengan beberapa perubahan. Antaranya, bahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED.



METER LCD PENUH
Perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.



CIRI KILL SWITCH
Menariknya, Yamaha Y15ZR V2 turut dibekalkan suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama menggunakan ciri tersebut.
Malah, moped ini turut dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam, juga sama seperti motosikal kuasa tinggi.

TAYAR BESAR SIKIT

Ruangan roda turut mengalami perubahan. Tayar asal hadapan bersaiz 70/90-17 kini digantikan dengan 90/80 -17. Bagaimanapun, ruang roda belakang masih kekal sama iaitu 120/70-17.


2 comments: