Tuesday, September 10, 2019

Resipi Bubur Butir Nangka

Hai whatssap gais harini saya nak ajar cara-cara nak buat bubur butir nangka. Jom kita start.

Disclaimer : bubur ni tak ada nangka pun cuma bentuk dia je ala-ala macam butir nangka.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A
- tepung pulut
- air pandan (blend daun pandan beserta sedikit air)
- kapur makan
- pewarna makanan
- garam

Bahan B
- santan
- daun pandan
- gula kabung
- garam
- sagu (mengikut pilihan)

Sukatan bahan-bahan ni boleh ikut agak je sebab dia senang untuk di adjust mengikut citarasa.

1. Campur bahan-bahan A sehingga ia senang untuk dibentukkan menjadi bentuk butir. Pastikan doh tidak melekat di tangan.





2. Bentukkan doh tersebut begini. Jangan terlalu besar nanti tercekik




3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan adunan tersebut di dalam periuk sehingga doh timbul tanda masak. Setelah masak, cedok dan masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersuhu biasa.






4. Seterusnya, masukkan bahan B dalam periuk lain dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau untuk mengelakkan pecah minyak. Sagu yang telah direndam terlebih dahulu boleh dimasukkan ketika ini. 




5. Akhir sekali, tambah butir nangka yang telah direbus sebentar tadi. Dan siaplah Bubur Butir Nangka nyum2




Selamat mencuba :)




No comments:

Post a Comment