K-CLIQUE
|
source:google image |
5 Trivia K-Clique
- Popular Di Sabah
Biarpun namanya baru meningkat naik, namun K-Clique terlebih dahulu mencuri perhatian di Sabah. Buat peminat muzik Hip-Hop tempatan pula nama K-Clique bukanlah sesuatu yang asing buat mereka.
|
source:google image |
2.Anggota Kumpulan Rap Paling Ramai Di Malaysia
Lazimnya penyanyi Hip-Hop tempatan akan muncul sebagai solo, dua atau trio. Jika berkumpulan pula tidak akan melebihi jumlah seramai lima orang anggota. Berbeza bagi K-Clique yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas ini mereka merupakan kumpulan rap yang mempunyai paling ramai ahli di Malaysia dengan jumlah 8 orang ahli kumpulan.
|
source:google image
|
3.Artis Pertama Bernaung Bawah BHC
Untuk yang tertanya, K-Clique kini bernaung di bawah Black Hat Records (BHC) , sebuah syarikat rakaman yang ditubuhkan bagi memartabatkan genre urban music di Malaysia. Malah K-Clique juga merupakan artis pertama yang bernaung di bawah syarikat rakaman milik penyanyi rap, Alif.
4.Tumpang Tempias Lagu Bossku
Seiring dengan kemunculannya, K-Clique juga semakin dikenali kerana menumpang tuah lagu ‘ Bossku’ yang dinyanyikan oleh tiga orang ahli kumpulan ini iaitu MK, Somean dan Tuju berduet bersama MeerFly. Sehingga kini video lagu yang dimuatnaik di laman YouTube sejak April lalu telah mencecah lebih dari 6 juta tontonan.
|
source:phone camera
5.Tampil Dengan Single Mimpi
Biarpun sudah mempunyai single lain, namun K-Clique dengan bangganya memperkenalkan single pertama mereka bersama BHC yang berjudul Mimpi. K-Clique ketika ditemui Hangat.com berkata lagu ini mempunyai pelbagai kenangan dimana ianya merupakan cetusan idea dan pengalaman mereka sendiri merealisasikan impian sebagai kumpulan rap.Biarpun mempunyai ramai ahli, namun ianya bukanlah satu masalah bagi mereka memandangkan mereka saling mengenali sejak kecil lagi dan menerima kebaikan dan keburukan masing-masing.
source:phone camera
|
No comments:
Post a Comment