Wednesday, October 9, 2019

Resipi Nasi Hujan Panas

Harini saya nak share cara-cara membuat Nasi Hujan Panas kerana ia merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Ianya senang sahaja untuk disiapkan dan boleh dimakan beramai-ramai.
Kenapa nama dia Nasi Hujan Panas? Sebab nasi ini terdiri daripada 3 warna iaitu kuning, hijau dan merah. Bewarna-warni begitu juga dengan keadaan cuaca yang beraneka seperti panas dan hujan.

source : Google image


Resepi Oleh : Pak Engku

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia



Cara-caranya :

source : www.norazlitaaziz.blogspot.com

  1. Panaskan minyak sapi dan butter
  2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
  4. Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
  5. Kacau rata
  6. Masukkan nasi
  7. Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
  8. Gaul rata
  9. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  10. Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
  11. Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
  12. Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
  13. Kemudian gemburkan nasi rata
Nasi ini sesuai dimakan bersama lauk Ayam Masak Merah atau Kari Daging dan jelatah nenas beserta timun. Selamat mencuba :)

source : Google image

source : Google image

No comments:

Post a Comment