Friday, October 11, 2019

Kfry vs 4Fingers vs Kyochon vs Ayam Gunting Uncle BOB

1. KFry (IOI City Mall, Putrajaya)

Ayam goreng cheese kfry memang sedap tapi harga dia mahal sikit. Kalau nak makan situ, kena ajak member ramai2 sebab boleh share2. Tapi, downside dia kalau salah timing pergi, kena beratur panjangggg gila. Fuh. Elakkan pergi waktu weekend atau time lunch hour supaya anda tidak hampa. 
Selain ayam, ada juga fries and bingsoo. Should try.




2. 4Fingers

Ayam goreng dia tak best. Nampak macam sedap tapi isi ayam dia kering and tasteless. Rasa sedap cuma kat luar sahaja. Tak akan repeat. Tapi yang best nya kedai ni sebab dia guna sistem buzzer. Camni. Lepas order and bayar dia bagi buzzer. Then kita duduk lah di mana-mana meja makan disediakan. Dalam lebih kurang 20 mins, buzzer tu akan beep tanda order kita dah siap and boleh ambil sendiri di kaunter dapur. Bagi saya, sistem ni unik sikit la sebab belum pernah ada di mana-mana restoran lain di MY.


source : Google image
3. Kyochon

Ayam kyochon paling win. WEW. Sedap gilos walaupun mahal sikit tapi berbaloi la. Tak menghampakan. Boleh order and makan dengan nasi putih. Dia ada wingette and drumette boleh pilih. Tapi kyochon ni kalau takeaway pun kena tunggu lama sebab ramai juga pelanggan lain yang takeaway. So kena bersabar tapi tak sia-sia. Sumpah. Di area KL banyak restoran ni boleh singgah Mid Valley or Sunway Pyramid contohnya.



source : Google image
4. Ayam Gunting Uncle BOB

Yang ni banyak jual kat pasar malam seluruh Malaysia. Harga dalam RM7-8. Tak mahal. Semua orang suka sebab berpatutan. Boleh pilih nak perisa original atau pedas atau extra pedas.


source : Google image

source : Google image

No comments:

Post a Comment