source : Google image |
Pernah tak dengar chernobyl disaster? Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak. Chernobyl disaster ni sejarah yang berlaku di Ukraine pada tahun 1986. Akan tetapi, kesannya masih terdapat sehingga sekarang. Sebanarnya ia adalah kemalangan nuklear yang berlaku secara besar-besaran dan paling teruk sekali.
source : Google image |
Pada mulanya, test keselamatan dijalankan dan semasa test berlangsung, beberapa prosedur tidak dapat diikut dan telah menyebabkan letupan nuklear berlaku. Hasilnya, pencemaran radioaktif berlaku di kawasan setempat sehingga 30km radius. Sejumlah 68,000 orang telah dipindahkan.
Satu pengumuman telah dibuat kepada penduduk di kawasan sekitar,
"For the attention of the residents of Pripyat! The City Council informs you that due to the accident at Chernobyl Power Station in the city of Pripyat the radioactive conditions in the vicinity are deteriorating. The Communist Party, its officials and the armed forces are taking necessary steps to combat this. Nevertheless, with the view to keep people as safe and healthy as possible, the children being top priority, we need to temporarily evacuate the citizens in the nearest towns of Kiev region. For these reasons, starting from 27 April 1986, 14:00 each apartment block will be able to have a bus at its disposal, supervised by the police and the city officials. It is highly advisable to take your documents, some vital personal belongings and a certain amount of food, just in case, with you. The senior executives of public and industrial facilities of the city has decided on the list of employees needed to stay in Pripyat to maintain these facilities in a good working order. All the houses will be guarded by the police during the evacuation period. Comrades, leaving your residences temporarily please make sure you have turned off the lights, electrical equipment and water and shut the windows. Please keep calm and orderly in the process of this short-term evacuation."
Kesan daripada letupan reaktor ini, 134 ahli bomba dan staf yang bekerja di station itu telah dimasukkan di hospital disebabkan sindrom radiasi dan 28 daripada mereka telah mati beberapa hari dan bulan selepas kejadian. Selain itu, kejadian ini turut memberi kesan jangka panjang. Direkodkan hampir 20,000 kes kanser tiroid berlaku kepada kanak-kanak bawah 18 tahun ketika kejadian itu berlaku. Sebabnya hasil radioaktif daripada letupan tersebut telah tersebar di rumput yang dimakan oleh lembu. Dan susu lembu itu telah diminum oleh kanak-kanak tersebut dan menyebabkan mereka mengalami kanser tiroid.
source : Google image |
Selepas beberapa bulan dari tarikh kejadian, satu misi dijalankan bagi membersihkan serpihan radioaktif. Robot telah digunakan dalam misi ini kerana manusia tidak mampu menahan radioaktif tersebut. Malangnya, robot juga gagal kerana kesan tahap radiasi tinggi pada kawalan elektronik mereka. Tentera2 yang memakai alat pelindung berat juga hanya mampu berada di kawasan pembersihan maximum 60 saat dalam satu masa. Oleh itu, mereka dilaporkan melakukan kerja ini berkali-kali dan setiap dari mereka disahkan telah menyerap radioaktif. Akan tetapi, Chernobyl kini telah menjadi tempat tarikan pelancong atas sejarah nya yang sangat menyayat hati.
source : Google image |
Apa yang kita dapat pelajari ialah telah banyak manusia yang sanggup mengorbankan nyawa mereka disebabkan tidak mahu kesan kejadian ini berlarutan. Chernobyl disaster sesungguhnya adalah satu 'nightmare' kepada rakyat Ukrain dan semoga kejadian ini tidak berlaku lagi dimana jua.
No comments:
Post a Comment